Sinar-sinar keinsafan jelas dilihat dan apa yang lebih diharapkan ialah ia dapat bersemadi di dalam jiwa peserta hingga selama-lamanya. Bukan hanya di dalam program Khemah Ibadah ini sahaja. Jadikan Khemah Ibadah ini sebagai loncatan untuk menjadi individu muslim dan muslimah yang mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Murid-murid tengah kusyuk dan menghayati ceramah yang disampaikan daripada penceramah jemputan. Diharapkan ceramah yang disampaikan tersebut dapat memberikan kesan yang mendalam ke hati sanubari murid.